KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU.
PENGENALAN
Kerajaan-kerajaan melayu baru wujud pada selepas zaman kesultanan Melayu
Melaka. Kerajaan-kerajaan itu terbahagi kepada 4 kerajaan iaitu
Kelantan,Terengganu,Selangor dan Negeri Sembilan.Asal usul nama Kelantan adalah
gabungan perkataan “kolam”(Tanah) dengan
“autam”(sempadan),”Kolantam”(Kelantan). Kelantan terletak di laluan perdagangan
antara Timur dan Barat.Kuala Sungai Kalantan ialah tempat persinggahan terkenal
peniaga sebelum ke Teluk Siam,Kemboja dan China.Selain itu,asal usul nama
Terengganu menurut Sultan Omar ke-9 bermula dari sebutan Taring Anu,anu sebutan
bagi harimau.Manakala munurut Wang Ta Yuan pula Tang Ya Nung dan Tang Ya Nong.Kerajaan
Terengganu wujud sekitar 1700-1703 dan diperintah oleh Tun Zainal Abidin Paduka
Maharaja.Asal usul nama Selangor adalah sempena nama Sungai Selangor.Kerajaan
Selangor muncul pada kurun ke-18.Sulatan Selangor berasal daripada orang Bugis
dan dirikan petempatan mereka di Kuala Selangor dan Kuala Linggi,sebelum itu
Selangor berasaskan kampung-kampung kecil berajakan Kerajan Melayu Melaka.Akhir
sekali,asal usul kerajaan Negeri Sembilan adalah gabungan dari 9 daerah iaitu
Sg.Ujung,Rembau,Jelebu,Johol,Ulu Muar,Inas,Gunung Pasir,Terachi dan
Jempul.Sebilangan besar penduduk Terengganu terdiri daripada orang Minangkabau.